Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka....
Dah lama betul aku tak update blog ni...sibuk betul dengan kerjakerja tertunggak tak kira le opis ker umah ker...yang pasti aku belum ade kesempatan nak menulis lagi dalam blog...ada sekali tu dah karang...tapi 'stuck' pula sebab ade bende urgent...
Well, sekarang cahaya mata aku dah bertambah jadi tiga...dapat anak lelaki pada 8 Julai yang lalu...dan sekarang dah 2 bulan lebih...alhamdulillah, kelahiran Muhamad Hariz ni menyebabkan kami suami isteri kene kerja lebih keras lagi...meriah betul raya kali ni kerana Hariz merupakan cucu yang ke-14. Anak aku ni makin hari makin tembam...keluar jer dah 4kg...sekarang dah 6kg lebih...kussss semanngggat...memang comel...
Actually ada banyak posting yang masih berstatus 'draft' sejak bulan Mei yang lalu...aku tak sempat nak habis deraf tersebut sebab 'time mgt' kot...kalau nak citer Mei-Sept...aku rasa mau 7 hari 7 malam tak habis...nanti aku akan usahakan untuk buat 4 posting mengikut bulan...
Now, aku duk tgh sibuk beraya ke sini sana..banyak jemputan yang diterima...rumah kawan dan yang wajib baru jer semalam selesai except makcik aku yang sorang tu...entah bila dpt singgah umah dia...dekat jer, dalam 15-25 minit perjalanan...cuma masa nak kena set dgn kuarge adik aku...
Ok la...naaannnti aku sambung citer....ni antara gambar2 yang nak dikongsikan...
1) Muhamad Hariz
2) Ni gambar hari raya 2011
Seronok betul tgk anak2 dah membesar...kehidupan pun banyak dah berubah...sebab tanggungjawab dah bertambah...aku pasti dengan usaha+doa dan tawakal kepada Allah serta jangan putus harapan dengan Allah SWT, insya-Allah, kita akan ditolong oleh Yang Maha Esa...
setakat ni...itu ajer...tunggu citer seterusnya...






