Assalamualaikum.......ni aku dapat daripada harian metro...kawan aku pejabat aku kemalangan di Jementah....dan aku attachkan gambar untuk dijadikan iktibar untuk kita semua....
Dua anak maut, ibu bapa parah
SEGAMAT: Dua beradik berusia lima tahun dan empat bulan maut manakala ibu mereka parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 59, Jalan Jementah-Muar di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta Proton Satria dipandu bapa mangsa, Mazhar Mat Darus, 34, dikatakan bertembung dengan lori.
Jurucakap polis berkata, tiga mangsa terbabit dipercayai sedang tidur ketika kemalangan.
“Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Farhan dan adiknya, Mohd Naufal yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Segamat.
“Ibu mereka, Noorzalita Rosmani, 32, yang cedera parah masih kritikal dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mazhar yang turut cedera parah dan mengalami pendarahan di kepala dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Menurut jurucakap itu, keluarga berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Keratong dari Melaka. “Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
Kepada pembaca blog ni...doakan lah beliau dengan keluarganya....dan arwah anak2 nya semoga ditempatkan pada orang-orang yang beriman...amin....

Ni le kereta yang dipandu - Satria Neo yang berlanggar dengan lori ikan
Ni le tempat anaknya yang sulong tido dan ada lagi jajan yang dibeli untuk di bawa pulang ke kampong
ni keadaan kawan aku tu...Ya Allah, tolonglah sembuhkan beliau
Kepada pembaca blog ni...doakan lah beliau dengan keluarganya....dan arwah anak2 nya semoga ditempatkan pada orang-orang yang beriman...amin....

No comments:
Post a Comment