Followers

28 February 2011

Dua anak maut, ibu bapa parah

Assalamualaikum.......ni aku dapat daripada harian metro...kawan aku pejabat aku kemalangan di Jementah....dan aku attachkan gambar untuk dijadikan iktibar untuk kita semua....

Dua anak maut, ibu bapa parah

SEGAMAT: Dua beradik berusia lima tahun dan empat bulan maut manakala ibu mereka parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 59, Jalan Jementah-Muar di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta Proton Satria dipandu bapa mangsa, Mazhar Mat Darus, 34, dikatakan bertembung dengan lori.

Jurucakap polis berkata, tiga mangsa terbabit dipercayai sedang tidur ketika kemalangan.

“Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Farhan dan adiknya, Mohd Naufal yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Segamat.

“Ibu mereka, Noorzalita Rosmani, 32, yang cedera parah masih kritikal dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mazhar yang turut cedera parah dan mengalami pendarahan di kepala dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Menurut jurucakap itu, keluarga berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Keratong dari Melaka. “Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
 
Ni le kereta yang dipandu - Satria Neo yang berlanggar dengan lori ikan




Ni le tempat anaknya yang sulong tido dan ada lagi jajan yang dibeli untuk di bawa pulang ke kampong




ni keadaan kawan aku tu...Ya Allah, tolonglah sembuhkan beliau



Kepada pembaca blog ni...doakan lah beliau dengan keluarganya....dan arwah anak2 nya semoga ditempatkan pada orang-orang yang beriman...amin....

17 February 2011

Bila mau habis

Assalamualaikum....

Banyak betul kerja minggu ni....ada assignment dan test yang kene hadapi. Bila la mau habis belajar ni, rasa tak sabar pulak. Tinggal 2 subjek dan satu projek paper. Kalau ikutkan perasaan, memang tension giler dan rasa macam nak pengsan jer...dengan anak dan spouse lagi....kerja hakiki lagi...

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image (Source: Yahoo image)

Time management is very important for those who want to study part-time. There are a lot of sacrificing which may lead to tension and hypertension. Tapi apa nak buat, we have choosen to further study part-time. Therefore, we have to bare the consequences. Nasib baiklah spouse memahami, walaupun raut wajah nyer menunjukkan keletihan melihat aku.

Go to fullsize imageGo to fullsize image (Source: Yahoo image)

Masa tidur, masa hujung minggu dan masa cuti umum...semuanya aku habiskan untuk belajar dan buat assignment. Hinggakan, bos aku 'marah' sebab tak menghadiri bengkel yang diadakan. Ada sekali tu anak aku berkata...."aku nak kuar (pegi buat group assignment) pegi kerja, nak cari wang tambahan untuk dia...nanti kita pegi le tesco (tmpt yg dia suka)....dia jawab balik....tak nak! tak nak! nak aku jugak...dan masa tu aku tahan jugak kesebakan ni....spouse aku le yg pujuk dia....

Kalau ikutkan jadual....bulan 6 ni, pengajian aku mungkin akan selesai:

Jan-Feb  : INB
Feb-Mac : OPM
Mac-Apr : GBI
Apr-Jun  : Project paper

Kalau nak ceritakan semester akhir ni...7 hari 7 malam belum tentu habis...aku just nak share pasal latest progress pasal projek paper...kami dalam kelas ada 13 orang..projek paper ni kena buat dalam kumpulan...sekurang-kurangnya 2 orang atau maksimum 3 orang...maka, kami ada 5 kumpulan 2 kumpulan perempuan dan 3 kumpulan lelaki...setiap kumpulan dikehendaki mencari satu syarikat dan buat "applied business research"...mmg banyak kerja...

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
(Source: Yahoo image)

Aku berdua ajer....dan masa pembentangan proposal pada 22 Januari yang lepas...group aku kene belasah dengan panel...sampai kawan aku melenting....sebab tak sampai 2-3 slide panel dah suruh berhenti...sebabnya dia tak nak kami sekelas silap....tapi akhirnya semua group kene macam group aku except satu group. Group yg tak kene tu pun actually kene gak....kene macam mana, kene kutuk dgn group lain....ada jugak panel yg argue dgn group tu gak....

Go to fullsize imageGo to fullsize image(Source: Yahoo image)

Lantaran daripada itu, group aku pun jumpa advisor dan tanyakan apa pandangan dia...Dr.R ni memang baik orang nya....dia memang bantu kami dari mula nak buat proposal sampai le hari pembentangan proposal...selepas discuss dengan Dr.R pasal proposal, it seems that group aku kena decide either to switch the company or topic. From that point, nothing have been discussed. Cuma aku ada le emel kat kawan aku ni pandangan aku mengenai projek paper ni...after that, sunyi jer....buat kata orang progressnya 0.01%-0.015%.

Nape jadi cam gitu....sume sibuk dgn assignment subject, presentation dan final exam....dalam masa yang sama, aku ada gak cari dalam www.umi.com/proquest topik-topik yang interesting untuk dibuat projek paper dan boleh dijadikan literature review, tapi carian tu end with a question...is this what our group is agreed upon? macam tu lak yang aku fikir....so aku stop carian sekejap...dan fokus kat subjek OPM...since baru start...assignment pun dah bagi...so, aku fokus yg ni dulu...

Utk subjek OPM yang baru start 12hb yang lepas...subjek ni ada theory and calculation...bila tanya dgn senior, test dan final subjek ni agak susah...tapi once ko paham, ianya boleh bantu ko score. so, aku kene struggle kerana dah tinggal beberapa hari jer dah nak test 1 dan kemudian ada presentation...at the same time, aku jugak ada minta tolong my spouse to help me in getting information...at least, it help me and expedite the process in getting information....

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image (Source: Yahoo image)

last but not least....aku harap usaha aku untuk menyelesaikan pengajian ini dengan baik dapat dimakbulkan Yang Maha Esa. Semoga keberkatan doa, usaha dan tawakal kepadaNya membantu aku merealisasikan impian untuk mencapai cita-cita aku ni.....

amin

10 February 2011

Assignment- Vanilla spice

Hari tu aku ade bagi tau pasal assignment agriculture yang kene buat....survey punyer survey ade dua company yg jadi pilihan...iaitu vanilla dan burung puyuh...oleh kerana si burung puyuh tak berapa respon sangat...so..aku telah pilih vanilla sebagai topik yang akan dipresent kan....nanti aku share kan...actually...aku tak tau cam ner nak masukkan powerpoint dlm ni...anyone?

aku sendiri rasa macam best jer bila dah bentangkan pasal vanilla ni...
1) belum ade org malaysia buat
2) company ni mmg gamble approach government
3) dgn market price yang sangat mahal...it attract org nak tanam...yg skrg ni dikuasai oleh madagascar dan indonesia....

kawan2 kat kelas termasuk lecturer mmg berminat dgn penanaman vanilla...seperti yang ditanya...kalau awak tak nak lagi bekerja tetap, adakah awak akan mengusahakan tanaman ini............secara spontan aku jawab ya....sebab mmg minat aku menjurus kepada perniagaan dan pertanian....cuma masa jer akan menentukan..

selain daripada ade kawan2 lain juga bentang....kami diberi 4 topik besar iaitu buku, kasut, automotif dan pertanian...setiap topik hanya maksimum 4 orang jer...tapi ade sorang tu tak nak buat pertanian...dan buat automotif....di antara presentation yg menarik minat aku adalah seperti berikut:

1) Kasut - Company BATA
2) Automotif - Kereta Obvio

kedua-dua maklumat yang diberikan sangat menarik....BATA yang telah ujud sejak 1843 dari negara checzkoslavia (betul ker ni) dengan program francaisnya.....manakala, kereta obvio pulak memang cun...tapi kereta obvio ni akan menarik minat semua jelitawan dan jejaki2...cuma harga nya...ya Allah....ni antara gambar yg sempat aku cari....tak sempat nak minta dgn kawan aku tu...

ni prototype                                                                                

ni hasilnya
 

ni yang sebenarnya..
Cantik tak??
 



untuk makluman semua....
semua gambar adalah daripada http://www.obvio.ind.br/obviona/home.html
so....kalau berminat nak tau lebih lanjut...klik jer website tu....
aku rasa setakat ni jer nak share.....nanti kalau ade aku n3...